icon-search
icon-search

Tips Elak Anak Terlebih Manja Sejak Bayi

Tips Elak Anak Terlebih Manja Sejak Bayi

Kadang-kadang, kita perlu bersifat tegas kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa yang berwibawa dan mementingkan tumbesaran anak-anak,kita perlu elak anak terlebih manja sejak bayi untuk kebaikan mereka juga apabila sudah besar nanti. Di sini kami akan memberi sedikit tips elak anak terlebih manja sejak bayi.

1. Elak cepat datang bila anak menangis.

Latih anak untuk tenang sendiri. Ibu cuma perlu bersuara daripada jauh sahaja. Sebagai contoh, " Ibu kat sini " , " Ibu ada ni " . Biar dia tahu ibu berada dekat dengannya.

2. Banyakkan bercakap dengan bayi

 Uruskan anak sambil bercakap agar dia tahu kita berkomunikasi  dengannya walaupun dia tak faham lagi. Bila anak kecil tahu ibu bercakap dengannya, anak lebih mudah dengar arahan.

3. Buat senarai barang yang nak beli sebelum shopping.

Bacakan untuk dia setiap barang yang ambil dan rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set dalam kepala, apa yang dibeli hanya dari apa yang senaraikan.

4. Latih anak untuk buat perbandingan.

Kalau dia ambil mainan mahal , cuba latih dia untuk banding dengan harga yang lebih murah atau brand lain. Ini lebihbaik daripada reject terus permintaan dia.Latihan ini bagus supaya hati anak mudah terima jika permintaannya tidak dapat ditunaikan. 

Selalu set yang kita adalah ibu bapa.

Kita yang kawal dan bentuk anak bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi untuk disiplinkan anak-anak. Setiap ibu bapa ada caranya tersendiri.

Kesimpulannya, kita perlu banyak mengajar anak-anak supaya belajar apa itu erti kehidupan apabila mereka sudah besar nanti. Anak-anak juga akan dapat manfaatnya jika mendengar cakap akan ibu bapanya. Kami berharap dengan tips yang telah kami kongsikan di sini akan memberi sedikit manfaat dan memudahkan ibu bapa di luar sana dalam menguruskan anak mereka. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping