icon-search
icon-search

Car seat Isofix review untuk travel jauh balik kampung

Car seat Isofix review untuk travel jauh balik kampung

Musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri selalunya menyaksikan jutaan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman. Perjalanan pulang ke kampung yang mengambil masa 4 hingga 12 jam, tambahan keadaan trafik sesak menyebabkan risiko kemalangan meningkat. Penggunaan car seat ISOFIX menjadi satu keperluan penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Tapi persoalannya — adakah car seat ISOFIX lebih selamat untuk travel jauh balik kampung?

Artikel ini akan review dan terangkan kenapa ISOFIX sangat disarankan untuk perjalanan jarak jauh, terutamanya musim raya.

isofix-install-(1)Isofix Carseat
Apa Itu Car Seat ISOFIX?

ISOFIX ialah sistem pemasangan car seat yang menggunakan titik sambungan tetap pada rangka kereta. Sistem ini direka untuk mengurangkan kesilapan pemasangan berbanding penggunaan tali pinggang biasa. Menurut World Health Organization (WHO), penggunaan child restraint system yang betul boleh mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 70% dan kanak-kanak kecil sehingga 54% dalam kemalangan jalan raya (WHO, 2018). Sementara itu, MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) juga menyatakan bahawa pemasangan yang tidak betul adalah antara faktor utama car seat gagal melindungi kanak-kanak semasa kemalangan. ISOFIX direka untuk mengurangkan kesilapan pemasangan.

Kenapa ISOFIX Lebih Sesuai Untuk Travel Jauh Balik Kampung?
1️⃣ Lebih Stabil & Kukuh

ISOFIX disambungkan terus ke rangka kereta, bukan sekadar bergantung kepada seatbelt. Ini menjadikan car seat kurang bergerak, lebih stabil ketika brek mengejut dan lebih selamat dalam perlanggaran hadapan. Menurut kajian oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sistem ISOFIX, dikenali sebagai LATCH di US, membantu mengurangkan pemasangan tidak betul yang boleh menjejaskan keselamatan (NHTSA, 2015). Untuk perjalanan jauh balik kampung, faktor kestabilan ini sangat penting disebabkan oleh had laju lebuhraya lebih tinggi dan risiko untuk brek mengejut akibat kesesakan meningkat, dan jalan yang tidak rata di kawasan kampung.

2️⃣ Kurangkan Risiko Salah Pasang

Statistik menunjukkan ramai ibu bapa tidak memasang car seat dengan betul apabila menggunakan seatbelt biasa. Kajian oleh Royal Society for the Prevention of Accidents (RoSPA) mendapati sebahagian besar car seat dipasang secara tidak tepat, sekaligus mengurangkan keberkesanan perlindungan. Namun dengan mengunakan ISOFIX, car seat akan klik terus ke anchor point, terdapat indikator warna seperti hijau menunjukan car seat dipasang dengan betul dan merah menunjukkan car seat belom terkunci betul dan lebih mudah dan cepat dipasang. Ini sangat membantu jika selalu tukar kereta, guna kereta sewa balik kampung atau pasang dan buka car seat dengan kerap.

3️⃣ Kurang Penat Untuk Anak Sepanjang Perjalanan

Untuk perjalanan 5 hingga10 jam balik kampung sempena raya, keselesaan anak sangat penting. Car seat ISOFIX yang dipasang kukuh membawa kepada kurang gegaran, posisi car seat dan anak lebih stabil dan Anak kurang meragam. Ini membantu ibu bapa fokus memandu dengan lebih selamat.

70934292_2686055964738027_6173859267154542592_nCredit FB PolisDirajaMalaysiaAdakah ISOFIX Wajib di Malaysia?

Di Malaysia, penggunaan car seat untuk kanak-kanak menjadi wajib bermula Januari 2020 mengikut peraturan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Namun, ISOFIX tidak diwajibkan, hal ini bergantung kepada spesifikasi kereta dan pilihan ibu bapa. Walau bagaimanapun, pakar keselamatan jalan raya menggalakkan penggunaan ISOFIX kerana ia lebih selamat dan mudah dipasang dengan betul.

77067164_2548744741905642_919938168956911616_nPemilihan Carseat mengikut peringkat umurSiapa Perlu Gunakan ISOFIX Untuk Travel Jauh?

ISOFIX sangat disarankan untuk:

✔ Bayi bawah 2 tahun
✔ Kanak-kanak bawah 4 tahun
✔ Ibu bapa yang kerap travel jauh
✔ Perjalanan musim perayaan yang melibatkan trafik padat

Jika perjalanan balik kampung melebihi 2 hingga 3 jam, pelaburan dalam car seat ISOFIX adalah sangat berbaloi dari segi keselamatan.

Beige Minimalist Mood Photo CollageJenis Car Seat ISOFIX Popular

Di ToySpark, terdapat pelbagai jenis car seat ISOFIX daripada jenama yang dipercayai oleh ibu bapa seperti Koopers dan Quinton yang direka untuk keselamatan dan keselesaan kanak-kanak semasa perjalanan jauh. Sebagai contoh, model seperti Koopers Spark+ 360 Car Seat menawarkan fungsi 360° rotation yang memudahkan ibu bapa memasukkan atau mengeluarkan anak dari kerusi, manakala Quinton SpinGuard 360 Car Seat pula direka sebagai convertible car seat yang boleh digunakan dari bayi hingga kanak-kanak lebih besar dengan sistem pemasangan ISOFIX yang stabil. Untuk kanak-kanak yang sudah meningkat umur, booster car seat dengan ISOFIX seperti Crolla Ultra Max, juga menjadi pilihan kerana ia membantu memastikan tali pinggang keledar kereta berada pada posisi yang betul dan selamat. Kebanyakan model ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan penting seperti 5-point harness, side impact protection dan reclining positions, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jauh seperti balik kampung sempena Hari Raya.

Nak cari car seat ISOFIX terbaik untuk Raya?
Layari koleksi lengkap car seat selamat di ToySpark sekarang dan pastikan perjalanan balik kampung anda lebih tenang dan selamat.



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping