icon-search
icon-search

Elak Anak Tantrum Ketika Beraya !!!

Elak Anak Tantrum Ketika Beraya !!!

Bila balik beraya di kampung, paling mencabar untuk setiap ibu bapa apabila anak mengamuk. Tapi, mereka bukan sengaja. Itu adalah keperluan yang tidak dipenuhi dan mereka overwhelm sangat !! Keadaan ini akan merunsingkan ibu bapa mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Jangan risau, kami di sini akan memberitahu anda bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah tantrum anak ini.

1) Prepare mindset  awal

Sebelum balik beraya, cerita dahulu situasi apa yang akan berlaku dalam perjalanan dan ketika beraya. Sebagai contoh, ibu ayah boleh bercakap kepada anak seperti ini, " Adik, nanti perjalanan panjang tau. Kita juga akan singgah ke rumah yang ada ramai orang.

2) Perjalanan panjang gunakan car seat

Car seat sangat penting untuk keselamatan dan supaya anak dapat tidur dengan baik.dngan ini, takdelah bangun letih je dan sakit badan lepastu menangis. Kalau anak dah mula menangis, ibu ayah juga yang susah nanti. Jadi, guna lah car seat untuk keselesaan dan keselamatan anak anda.

3) Perjalanan panjang perlu banyak berhenti

Kalau balik kampung lebih 2 jam perjalanan, make sure rehat setiap 2 jam untuk memastikan anak sentiasa dalam keadaan yang selesa. Selain itu, ibu ayah juga boleh bawa anak keluar supaya mereka dapat meregangkan badan dan tak penat duduk lama. Dengan ini, anak akan kurang menunjukkan rasa tantrum itu.

4) Jaga waktu makan walaupun raya

Anda boleh fleksibel dengan timing makan ketika raya. Sebelum itu, pastikan anak kurang 3 tahun sentiasa diisi perut setiap 2 hingga 3 jam sekali. Selain itu, untuk anak yang lebih 3 tahun perlu diisi perut 3 hingga 4 jam sehari. Anak akan lebih gembira apabila perut mereka telah diisi dengan makanan.

5) Elakkan makanan tinggi gula dan berkafein

Elakkan makanan yang mempunyai kada gula yang tinggi. Ini kerana gula boleh menyebabkan anak lebih hyperaktifdan cepat mengamuk apabila diambil dalam jumpah yang tinggi.Selain itu, Elakkan makanan dan minuman yang berkafein. Sebagai contoh, teh, coffee, dan coklat.

6) Jaga waktu tidur anak

 Pastkan anda tidurkan anak ikut waktu di rumah. Selain itu, kalau boleh, perincikan tempat tidur apabila berada di kampung  supaya anak tak distracted dengan orang bergerak ke sana dan ke sini apabila berada di dalam kampung.Dengan ini, Anak akan lebih mudah untuk lena apabila tiada gangguan dari orang sekeliling.

7)  Bawa white noise

Bawak white noise untuk membantu anak tidur lebih lena. Selain itu, kanak-kanak yang ada kesukaran untuk tidur dengan lena di tempat baru tetapi dengan menggunakan white noise, anak anda akan lebih mudah terlena dan deep sleep.

Akhir kalam, terdapat banyak tips untuk menyelesaikan masalah tantrum anak ini. Dengan tips-tips yang telah kami kongsikan di atas, selesailah masalah ibu ayah yang mempunyai anak dengan masalah tantrum ini. kami harap dengan tips yang telah kami share ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua ibu ayah di luar sana. 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping