icon-search
icon-search

Tips Untuk Memilih Car Seat

Tips Untuk Memilih Car Seat

Walaupun beberapa ibu bapa mungkin sudah tahu, yang lain mungkin tidak. Mulai 1 Januari 2020, sistem penghalang kanak-kanak (CRS) atau kerusi keselamatan kanak-kanak telah dibenarkan oleh kerajaan. Peraturan ini telah lama diwajibkan, jadi ramai ibu bapa mula membeli seat bayi untuk anak-anak mereka untuk keselamatan. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak mencukupi untuk memastikan anak kecil selamat ketika berada di dalam kereta jika pembelian dilakukan dengan tergesa-gesa.  Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara terbaik untuk memilih car seat anak anda yang selamat dan selesa.

1. Lihat Kemampuan

Jangan terkejut kerana harga CRS ini sangat berbeza dan boleh mencapai ribuan ringgit. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana CRS yang lebih murah juga tersedia. Pertama, tetapkan modal anda dan cari model yang memenuhi keperluan anak anda dan bajet anda.

2. Isofix atau seatbelt installation

Sebelum anda memutuskan untuk membeli car seat, pastikan bahagian penumpang belakang kereta anda menyokong isofix atau top tether. Jika tidak, anda hanya boleh memilih car seat manual yang memakai belt.  

3. Tempoh penggunaan

 Sebelum anda memutuskan untuk membeli car seat , pastikan anda mengukur tinggi dan berat anak anda. Anda harus memilih car seat yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama jika anak anda berkembang dengan cepat.

4. Mempunyai pelekat ECE

Pastikan bahagian tepi atau bawah car seat mempunyai sticker ECE berwarna jingga yang menunjukkan maklumat seperti kategori produk, berat dan nombor kelulusan. Selain itu, pastikan car seat mempunyai label kod QR sah Miros yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian.

5. Mudah dipasang

Pilih car seat yang mudah dipasang apabila anda membelinya. Anda tidak mempunyai pilihan lain selain membeli car seat yang dipasang secara belting jika kereta anda tidak mempunyai isofix atau top tether. Walau bagaimanapun, sesetengah orang menganggap ini agak sukar

6. Pilih car seat yang sesuai dengan saiz kereta

Car seat yang anda pilih sesuai tak dengan kerusi kereta anda? Jangan lupa bahawa jika ia terlalu besar, ia mungkin mengambil space kerusi depan dan menyebabkan orang yang duduk di sana tidak selesa.

Akhir sekali, nyawa anak anda sangat penting. Jangan lupa bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak boleh mengurangkan risiko kematian atau kecederaan anak anda sekiranya sesuatu berlaku. Pilih kerusi keselamatan yang diluluskan UNECE yang sesuai dengan umur dan saiz kanak-kanak anda. Selain itu, anda boleh mengikuti nasihat yang diberikan di atas sebelum membelinya.

Cadangan produk kami

Product info 

Link untuk ke produk kami : https://www.toyspark.my/products/joie-steadi-coal



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping